Perbezaan di antara Prosessor Snapdragon dan Mediatek

By | October 11, 2016

Bercakap mengenai keupayaan sesebuah smartphone, setiap daripada kita mungkin tahu ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti sistem pemprosessan(CPU), RAM, dan GPU. CPU untuk smartphone di pasaran pada hari ini didomenasi penuh oleh Qualcomm Snapdragon dan Mediatek. Jadi, pada artikel kali ini saya ingin membuat serba sedikit perbandingan di antara kedua-dua sistem pemprosesan ini.

Bercakap mengenai CPU Qualcomm Snapdragon terdapat beberapa versi popular yang di digunakan pada smartphone akhir-akhir ini. Ianya seperti Snapdragon 430, Snapdragon 616, Snapdragon 652, Snapdragon 820, dan sebagainya. Tetapi yang paling popular digunakan dalam kalangan smartphone mewah/flagship ialah Snapdragon 820. Markah yang dicatatkan di antutu untuk CPU model ini ialah melebihi 100000. Smartphone popular yang menggunakan CPU ini ialah Xiaomi Mi5, HTC 10, LG G5, ZTE Axon 7, One Plus 3, Samsung Galaxy S7 Active, Asus Zenfone 3 Deluxe, LeEco(LeTV) Le Max 2 X820, dan beberapa model lagi.

Manakala bercakap mengenai Mediatek pula, ianya tidak kurang hebat. Malah, Mediatek merupakan syarikat terawal yang mengenalkan Sistem Pemprosessan Deca Core yang bermaksud 10 Cores di dalam smartphone. Beberapa siri yang terbaik keluaran Mediatek ialah Helio P10(MT6755), Helio X10(MT6795), Helio X20(MT6797), Helio X25(MT6797T). Markah yang dihasilkan pada antutu juga tidak kurang hebat kerana melangkaui  80000.

Jadi, saya berharap pada artikel kali ini anda faham serba sedikit tentang perbezaan umum di antara 2 CPU popular untuk smartphone atau handphone pada hari ini. Sebarang cadangan atau komen adalah dialu-alukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *