Top 10 Handphone Murah dan Terbaik

top 10 handphone murah

Selamat datang ke website kami. Disini kami akan menyediakan anda semua dengan informasi terbaru tentang dunia handphone(review handphone, senarai handphone murah, handphone terbaik, dan sebagainya). Tidak ketinggalan kami akan menyajikan anda dengan informasi mengenai tablet juga.

Seperti yang kita semua tahu, memiliki handphone sudah menjadi kemestian bagi setiap dari individu pada hari ini. Tak kiralah golongan korporat, ahli perniagaan, penjawat awam, pelajar universiti, mahupun remaja. Dengan fungsinya yang pelbagai guna, tidak hairanlah mengapa ianya sangat diperlukan oleh segenap peringkat umur atau latar belakang masyarakat.

Penggunaan gadget seperti handphone dan tablet pastinya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Terpulang lah kepada individu itu sendiri untuk mengarahkan penggunaan mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh, ahli perniagaan akan menggunakannya untuk memperkembangkan perniagaannya, dan pelajar universiti menggunakannya untuk mencari maklumat tentang pelajarannya.

Mencari Handphone Murah?

Bercakap mengenai handphone murah, terdapat beberapa tujuan kenapa seseorang itu ingin memilih handphone dalam kategori ini. Yang pertama adalah kerana bajet mereka yang terhad tetapi keperluan yang mendesak untuk memiliki handphone menyebabkan mereka akan mencari handphone dalam kategori murah dan mampu milik.

Manakala golongan yang kedua yang mencari handphone di dalam kategori murah ini adalah untuk dijadikan handphone kedua mereka. Mereka ini tidak begitu kisahkan spesifikasi yang terdapat pada handphone mereka, yang penting ianya boleh digunakan untuk membuat dan menerima panggilan, dan boleh berbalas-balas sistem pesanan ringkas atau sms.

Pada era dunia persaingan yang sengit dalam bidang handphone ini, adalah menjadi kebiasaan untuk anda melihat handphone murah tetapi mempunyai spesifikasi hampir setara dengan handphone mewah/flagship. Seperti kata orang, kenapa berbelanja lebih kalau bendanya sama.

Berikut merupakan TOP 10 handphone murah pilihan kami buat masa ini (akan sentiasa di update jika terdapat yang lebih baik dan murah) :

Xiaomi Redmi 3S / 3s Pro

redmi3spro

CPU : Snapdragon 430 Octa Core 64-bit | GPU :  Adreno 505 | RAM : 3GB | ROM : 32GB | SAIZ SKRIN : 5.0inci

Kesinambungan daripada model Redmi 2, Xiaomi sekali lagi tampil garang dengan mengeluarkan peranti terbaru mereka Redmi 3s. Model ini menggunakan processor Qualcomm® SnapdragonTM 430 (64-bit), octa-core dan RAM 3GB Jadi tidak hairanlah mengapa ianya menjadi pilihan untuk senarai top 10 pada kali ini. Ditambah pula dengan bateri yang berkapasiti 4100mah, para pengguna telefon pintar pastinya memerlukan ini terutamanya kaki game. Dengan harga sekitar RM599-RM699 ianya dikategorikan sebagai murah tetapi spesifikasi yang gempak.

Huawei Honor 5A

CPU : Kirin 620 Octa-Core 64-bit | GPU : Adreno 405 | RAM : 2GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Huawei merupakan jenama yang sudah tidak asing lagi dalam industri smartphone. Rata-rata model handphone yang dikeluarkan oleh company Huawei adalah tidak mengecewakan. Untuk senarai Top 10 ini, kami memilih Honor 5A . Dengan processor Octa-Core, ditambah pula dengan skrin bersaiz sedikit besar ianya pasti menjadi idaman setiap orang diluar sana. Harga yang dijual adalah sekitar RM599

Meizu M3s Mini

CPU : MT6750 Octa Core | GPU : Mali T860 | RAM : 2GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Meizu seperti yang kita sedia maklum keluarannya pasti sangat memuaskan. Model m3s mini ini salah satu daripadanya. Mempunyai reka bentuk premium, body utama menggunakan besi, dilengkapi pula OS meizu iaitu Flyme 5.1. Skor yang berjaya dicapai oleh model ini pada antutu benchmark juga agak menakjubkan. Jaadi saya mencadangkan anda untuk mencuba model ini sebagai handphone pertama anda. Harganya adalah sekitar RM 462+

Ulefone Metal

CPU : MT6753 Octa core | GPU : – | RAM : 3GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.0inci

Model ini adalah salah satu yang saya lihat begitu berbaloi untuk dimiliki. Manakana tidak, dengan harga RM500+ , RAM 3GB, skrin corning glass 3, dan kamera Sony IMX 149 ianya sangat – sangat lah berbaloi. Tidak keterlaluan saya katakana model ini sepatutnya dijual dengan harga lebih tinggi jika dilihat pada spesifikasinya.

Cubot Dinasour

CPU : MTK6735A Quad Core | GPU : Mali-T720 | RAM : 3GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Pasti anda terkejut dengan spesifikasinya kan? Model ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4150mah jadi saya rasa disini lah kenap ianya dipanggil Dinasour. Ianya juga menyokong 4G lte. Dengan android versi terkini iaitu Android 6.0 peranti ini pastinya termasuk dalam kategori must have untuk anda di luar sana.

Doogee T6 Pro

CPU : MT6753  Octa Core | GPU : – | RAM : 3GB | ROM : 32GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Jika anda memiliki model ini, anda sudah boleh melupakan tentang powerbank. Kenapa? Kerana baterinya berkapasiti terlalu besar iaitu 6250mah. Fungsi lain yang menakjubkan yang dimiliki oleh handphone ini ialah mampu menyokong 4g lte, menyokong Hotknot, OTA, dan juga fungsi On The Go OTG. Harganya hanyalah sekitar RM580+ sahaja.

Doogee X5 Max Pro

CPU : MTK6737 Quad Core | GPU : Mali-T720 MP | RAM : 2GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.0inci

Syarikat telefon baru meningkat naik dari Cina ini turut menampilkan handphone yang berspesifikasi bagus pada harga yang murah. Model kali ini turut dilengkapi fungsi terbaru kebanyakan peranti mewah iaitu fingerprint. Dengan harga semurah RM320+ anda pastinya tidak perlu berfikir panjang untuk memilikinya.

Cubot Note S

CPU : MT6580 Quad-Core | GPU : Mali-400 | RAM : 2GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Kelebihan yang dimiliki oleh model ini ialah reka bentuknya yang kelihatan premium. Ditambah pula dengan bateri berkapsiti besar(4150mah) jadi ianya tidak salah untuk dimiliki kerana harganya juga sangat murah iaitu sekitar RM325+

Bluboo Maya

CPU : MTK6580A Quad Core | GPU : – | RAM : 2GB | ROM : 16GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Reka bentuknya yang begitu premium dan seakakan-akan handphone yang berharga lebih RM1k. Namun sedar atau tidak model ini hanyalah berharga sekitar RM310+ sahaja. Tidak keterlaluan untuk saya katakan model ini setanding dengan handphone model Samsung yang berharga RM700-RM1000.

Umi Rome X

CPU : MTK6580 Quad core | GPU : Mail-400 | RAM : 1GB | ROM : 8GB | SAIZ SKRIN : 5.5inci

Harga yang ditawarkan adalah tersangatlah rendah. Namun ianya tidak menafikan kelebihan model ini. Kamera utamanya menggunakn sensor Sony IMX179, jadi anda boleh menngambil gambar dengan kualiti agak baik pada handphone yang berharga sekitar RM270+ sahaja ini.

Jadi saya harap anda semua berpuas hati dengan senarai yang saya paparkan. Saya akan cuba update dengan model terbaru dipasaran jika ada yang lebih baik dan murah.